20110531

I survived

Final examination is over. Mmm, I don't think I did my best this time. It's okay. So going home soon! Aku pun tak pasti aku boleh menghadapi kuala lumpur atau tidak. Sebab Kuala Lumpur penuh dengan memori aku bersama dia. Yang hanya akan menghidupkan kembali parut. Mungkin aku akan habiskan masa dekat Kuala Lumpur for a while, untuk jumpa kawan kawan yang dah lama, setahun lebih aku tak jumpa, dan balik kampung, tempat untuk tenang dan jauhkan diri dari siapa siapa :)

Hari 4

May, may be missing but won't telling. I think you survived it, because you don't text me yesterday. Which is a good thing to both of us. I can't help myself thinking of you when I meet oceans and sea, I remembered our promises and dreams.. but now it is only a dust, but leave a scar that I believe will be faded.

20110530

Moooovies marathon

This few days, aku penuhkan masa lapang aku dengan tengok wayang. Pirates, Karak, Kungfu Panda 2 dan kejab lagi aku nak pergi tengok Voices from the grave. Lepak dengan kawan kawan, makan sama, semua buat aku one step closer in forgetting somebody. Telefon aku dah tak selalu berbunyi seperti dulu. Ye, I miss the routine but aku lebih dambakan hidup macam ni. Tak ada kerisauan, tak ada kesedihan. Aku berhak pilih jalan hidup aku and live it how I wanted. Aku nak lepak dengan kawan kawan aku dan tengok movie.

Hari 3

Mama call semalam, dan selalu call. Dia risaukan aku tak boleh get over this dan jejaskan final exam aku. Siap offer nak datang kuantan lawat aku. Mama, I am stronger than this. My hatred is more than love, I am offended, so much, too much. Dia masih lagi text aku, tapi aku dah tak percaya. Im sorry, injap jantung dah tutup untuk terima any foreign emotion lagi.

20110527

Ku katakan dengan indah.

Hari 1

Aku akan anggap hari ini hari pertama. Hari pertama aku cuba memaksa diri aku untuk move on. sebab dah tak ada sebab untuk aku terus tinggal dan singgah di hati dia lagi, dan aku tak tahu untuk berapa lama hati aku akan sekeras batu, dan untuk menerima sebuah hati lagi, mungkin tak akan terjadi. Biar masa menjadi juri, sampai masanya nanti, aku akan hidup kembali, hidup dan sengih macam Ronald McDonald. Biar susah macam mana sekalipun.

Bad news

scopperloit mind dah tak ada. otak dia dah tak jahat. dah tak ada bad and naughty words yang berjalan jalan dalam otak dia. Dia dah coma, dan hidup dia cuma tinggal 30%. Doktor kata dah tak ada cara untuk selamatkan dia. tapi, mana tahu kalau ada keajaiban berlaku, mungkin, mungkin scopperloit mind boleh hidup semula. tapi tipis. Kawan kawan yang selalu menjenguk scopperloit mind (kalau ada), kalau nak datang melawat jangan lupa bawa buah buahan. Dia suka sangat makan buah buahan. Lagi lagi kalau dah dikupas. Hehe.

Cerita lewat malam

Oh.sekarang pukul 3 pagi, aku sepatutnya pergi kutip baju baju dekat mesin basuh 2 jam lepas dan aku terlupa. Nak pergi ambil baju tu bukan masalahnya, yang masalahnya aku. Aku ni penakut tahu tak. Semua orang dah hanyut dalam syurga mereka sendiri, dan aku masih berjaga, mata ni melarang aku ke syurga aku sendiri, kerana dia tahu malam ni syurga aku tidak akan begitu indah. Sebulan mungkin, atau hampir sebulan, aku tidak ada mimpi yang aku ingat realistically atau entah entah aku tak bermimpi langsung. Hmmm pulanglah mimpi, aku rindu nak bercerita tentang kau dekat kawan kawan aku. haha.

Minta maaf bantal dan selimut,

aku terpaksa basahkan korang dengan airmata aku malam ini. sekali lagi. Aku dah tak nak tahu apa apa lagi tentang kebenaran, biar aku hidup dalam kepalsuan ni, sebab aku lebih rela begini, sekurang kurang nya aku boleh tersenyum dalam kepalsuan. Hmm, the false doesn't seem that bad. Aku boleh hidup dengan itu.

Pertama.

Aku dah simpan memori tu, aku selit kemas dalam hati aku. Aku nak mula dari kosong semula, from nothing to something, banyak lagi yang aku ada dalam kepala otak yang perlu direalisasikan dan biarlah yang lain datang sendiri. Lepas ni, aku kena belajar naik tren semula :)