20110719

Waliq dan pari pari cinta V2.0

Waliq dan pari pari cinta nya menjadi semakin rapat, boleh diibaratkan seperti nasi lemak dan kopi o.


Satu hari tu...


Waliq pergi main bola sepak dengan rakan rakan sekelas dia yang tak guna. Kitkat ikut sekali tapi dia cuma boleh tengok Waliq sepak menyepak dari belakang pokok. sebab dia pari pari. sebab dia boleh terbang. sebab dia kecik. dan seribu satu lagi sebab.


Mereka terus bermain,menyepak,bermain,menyepak sehinggalah mereka tidak sedar mereka dah main bola sampai tengah malam. Ketika itu, Adik Faisal (kawan Waliq yang paling kuat makan dalam kelas) , Farah datang ke tempat kejadian. Farah cantik. Farah menarik. Farah cun. Farah kiut comel marveles. Tapi Farah datang bukan sebab dia cantik atau menarik atau cun atau kiut comel marveles. Farah datang sebab nak suruh Faisal balik. Maka Faisal pun balik bersama adik nya. tapi mereka tak sedar yang Kitkat dah lastik batu cinta dekat Farah...

20110709

Waliq dan pari pari cinta V1.0

Waliq terjumpa pari pari cinta dalam perjalanan dia ke sekolah semalam. Bila ditanya nama, pari pari itu hanya menjawab Kitkat. Jadi Waliq memanggilnya Kitkat. Sayap Kitkat patah dibaham serigala jadian dan sejak itu Kitkat tidak boleh lagi terbang. Waliq lah yang menjaga Kitkat sehingga Kitkat merasa sangat selesa dan tak mahu pulang ke tempat asalnya, heaven.


Pada suatu hari semasa Waliq sedang menyiapkan soalan matematik yang ke 32, Kitkat bertanya pada Waliq, kau tidak mahu seorang teman wanita, Waliq hanya menggeleng, katanya teman wanita ni leceh, tetapi hakikatnya Kitkat tahu yang Waliq mahu kan seorang teman wanita.



Kitkat berazam ingin mendapatkan seorang teman wanita untuk Waliq.

20110701

Rokok di tangan Behah ditepis. Oh ini boleh buat gaduh, kata Behah lalu menoleh. Sarip Dol rupanya. Sarip Dol mengutip semula rokok yang masih lagi bergolek dalam longkang. Sarip Dol menyumbat rokok itu ke mulut. Dan menarik nafas panjang. Behah berang, dan keberangan dia sudah tidak tertahan lagi. Bukan sekali Sarip Dol memperlakukan dia begini. Behah keluarkan pistol yang tersorok di dalam kain batiknya, dan pow!


Sarip Dol terbaring di atas tanah, dengan rokok yang masih menyala.
Ini sudah hari ke 4. Aku duduk di dalam bilik air, tutup pintu dengan rapat. Aku buka semula bungkusan hitam yang berisikan hati aku. Pecah dan berkecai, itu lah kondisi hati ku. aku keluarkan gam uhu dari poket aku, dan cuba gamkan cebisan yang paling besar dengan cebisan yang paling kecil. Cit, bersambung semula - dan dalam 2 saat ia jatuh semula. Natang! Aku tutup semula bungkusan hitam itu, aku marah. Kenapa tak nak bersambung? Aku berfikir.


Aku putus asa.


Aku keluar dari bilik air dan aku lihat sudah gelap langit. Oh, dah setengah hari rupanya aku duduk dalam bilik air. cuba sambung semula hati yang kelihatan hmmm, impossible.

28062011

the last date he texted me. Maybe....we are over.