20110527

Cerita lewat malam

Oh.sekarang pukul 3 pagi, aku sepatutnya pergi kutip baju baju dekat mesin basuh 2 jam lepas dan aku terlupa. Nak pergi ambil baju tu bukan masalahnya, yang masalahnya aku. Aku ni penakut tahu tak. Semua orang dah hanyut dalam syurga mereka sendiri, dan aku masih berjaga, mata ni melarang aku ke syurga aku sendiri, kerana dia tahu malam ni syurga aku tidak akan begitu indah. Sebulan mungkin, atau hampir sebulan, aku tidak ada mimpi yang aku ingat realistically atau entah entah aku tak bermimpi langsung. Hmmm pulanglah mimpi, aku rindu nak bercerita tentang kau dekat kawan kawan aku. haha.