20110818

Aku tak nak tarik dia ke neraka bersama sama aku. Aku harap dia faham. Kalau dia fikir aku boleh move on tanpa dia, sememangnya dia salah. Tapi fikirlah, cinta tak memberi jaminan kepada aku yang dia akan kahwini aku suatu hari nanti. Cara dia melayan aku... Ada masanya baik, ada masanya aku rasa sangat sampah di sisi dia. Bila dia nak maki, dia maki. dan lepas tu dia minta maaf. Kemudian, berulang lagi. dan berulang lagi. Luka dan gores dalam hati aku ni, tuhan je yang tahu. Hati aku sakit, sakit sangat setiap kali aku stalk facebook dia. Dan aku sanggup tak online, tak sentuh keyboard sebab aku tahu aku tak akan mampu menanggung derita selepas itu. Anniversary kita aku tak pernah lupa. Lagu lagu yang dia dedicated aku tak pernah lupa. Saman, ye. Aku tahu aku masih hutang dia. Aku akan cuba selesaikan. Aku dah tak kisah kalau dia nak panggil aku bitch ke, perempuan sialan ke atau apa, sebab aku tahu sampai bila bila aku ni hina dan bodoh di mata dia. Senang kena pijak. Sebab aku ni tak melawan, aku ni cepat je memaafkan orang. Aku tak kisah. Aku masih respect dia seperti dulu kerana dia lah insan yang pernah beri aku merasa kebahagiaan cinta, kasih sayang.


Aku dah redha dengan kesudahan relationship kita. Aku serahkan segalanya pada Tuhan. Kalau ada jodoh kita, aku dan dia tak akan lari ke mana. Kalau tidak ada jodoh, aku harap dia bahagia dengan gadis rambut pendek yang dia minati. gadis rambut pendek :) dia buat aku rasa nak berambut pendek semula. hehe :')


Sebenarnya aku teringin sangat nak message dia, tapi aku takut. aku takut lepas tu dia akan marah aku,maki aku. sebab aku tahu dia benci aku sangat sangat. sebab aku ni perempuan jahat di mata dia. Ye, aku pun rasa aku ni perempuan yang tak layak dicintai oleh lelaki sebaik dia. Dia baik, dia setia, dia bertanggungjawab. sedangkan aku? aku ni tak serius,tak pandai jaga hati dia. sebab tu aku tak pernah bertahan dalam mana mana relationship. aku masih tak boleh nak betul betul move on. aku rindukan dia :'( sangat sangat. Aku pedih hati sangat sangat bila aku tengok cincin dia beri dekat aku.


Maafkan I sebab I putuskan hubungan ni, I tinggalkan you, I mendustai janji janji kita, I musnahkan harapan kita, I minta maaf sangat sangat.


Te iubesc,T.

20110808

I still keep your song in my playlist.
Im still crying in the middle of night,still remember the date, all the details, all the joyfulness, and the sadness, somehow I miss them all. Sometimes I dreamed that we are still together. Sometimes I scared because I lose you. Deep inside, I still wish you were mine. Still hoping that Im the one you always love.





Even though it all seems pretty impossible.

20110719

Waliq dan pari pari cinta V2.0

Waliq dan pari pari cinta nya menjadi semakin rapat, boleh diibaratkan seperti nasi lemak dan kopi o.


Satu hari tu...


Waliq pergi main bola sepak dengan rakan rakan sekelas dia yang tak guna. Kitkat ikut sekali tapi dia cuma boleh tengok Waliq sepak menyepak dari belakang pokok. sebab dia pari pari. sebab dia boleh terbang. sebab dia kecik. dan seribu satu lagi sebab.


Mereka terus bermain,menyepak,bermain,menyepak sehinggalah mereka tidak sedar mereka dah main bola sampai tengah malam. Ketika itu, Adik Faisal (kawan Waliq yang paling kuat makan dalam kelas) , Farah datang ke tempat kejadian. Farah cantik. Farah menarik. Farah cun. Farah kiut comel marveles. Tapi Farah datang bukan sebab dia cantik atau menarik atau cun atau kiut comel marveles. Farah datang sebab nak suruh Faisal balik. Maka Faisal pun balik bersama adik nya. tapi mereka tak sedar yang Kitkat dah lastik batu cinta dekat Farah...

20110709

Waliq dan pari pari cinta V1.0

Waliq terjumpa pari pari cinta dalam perjalanan dia ke sekolah semalam. Bila ditanya nama, pari pari itu hanya menjawab Kitkat. Jadi Waliq memanggilnya Kitkat. Sayap Kitkat patah dibaham serigala jadian dan sejak itu Kitkat tidak boleh lagi terbang. Waliq lah yang menjaga Kitkat sehingga Kitkat merasa sangat selesa dan tak mahu pulang ke tempat asalnya, heaven.


Pada suatu hari semasa Waliq sedang menyiapkan soalan matematik yang ke 32, Kitkat bertanya pada Waliq, kau tidak mahu seorang teman wanita, Waliq hanya menggeleng, katanya teman wanita ni leceh, tetapi hakikatnya Kitkat tahu yang Waliq mahu kan seorang teman wanita.



Kitkat berazam ingin mendapatkan seorang teman wanita untuk Waliq.

20110701

Rokok di tangan Behah ditepis. Oh ini boleh buat gaduh, kata Behah lalu menoleh. Sarip Dol rupanya. Sarip Dol mengutip semula rokok yang masih lagi bergolek dalam longkang. Sarip Dol menyumbat rokok itu ke mulut. Dan menarik nafas panjang. Behah berang, dan keberangan dia sudah tidak tertahan lagi. Bukan sekali Sarip Dol memperlakukan dia begini. Behah keluarkan pistol yang tersorok di dalam kain batiknya, dan pow!


Sarip Dol terbaring di atas tanah, dengan rokok yang masih menyala.
Ini sudah hari ke 4. Aku duduk di dalam bilik air, tutup pintu dengan rapat. Aku buka semula bungkusan hitam yang berisikan hati aku. Pecah dan berkecai, itu lah kondisi hati ku. aku keluarkan gam uhu dari poket aku, dan cuba gamkan cebisan yang paling besar dengan cebisan yang paling kecil. Cit, bersambung semula - dan dalam 2 saat ia jatuh semula. Natang! Aku tutup semula bungkusan hitam itu, aku marah. Kenapa tak nak bersambung? Aku berfikir.


Aku putus asa.


Aku keluar dari bilik air dan aku lihat sudah gelap langit. Oh, dah setengah hari rupanya aku duduk dalam bilik air. cuba sambung semula hati yang kelihatan hmmm, impossible.

28062011

the last date he texted me. Maybe....we are over.

20110629

And I woulda did anything for you
To show you how much I adored you
But it's over now, it's too late to save our love
Just promise me you'll think of me
Every time you look up in the sky and see a star

20110628

Alhamdulillah aku hentikan semua ni daripada getting worse.Sebab aku tak deserve a man like you. Ye, dan kau pun tak deserve aku. Memang dari awal lagi kau tak patut bercinta dengan orang macam aku.

20110623

Im still in love with you.

20110621

A great love? It's when you shed tears for him but still you care for him. It's when he ignored you but you still long for him. It's when he starts loving another, and yet you manage a smile and find the courage to say "I'm happy for you
Sometimes you think you've gotten over a person, but when you see him smile you suddenly realize you're just pretending you're over him to ease the pain of knowing that he will never be yours.
Aku sampai google how to surviving breakup, kamu memang hebat ;)
It's always the same in every relationship, there is always one person crying and wishing to get back together, while the other doesn't even remember the things they've been through. I hate that I have to be the one who remembers every little detail while you can't seem to remember me at all.
I wonder, when you look into my eyes and watch my heart shatter, does it break your heart too, even crack it a little bit?
I'm not supposed to love you, I'm not supposed to care, I'm not supposed to live my life wishing you were there. I'm not supposed to wonder where you are or what you're doing, but I can't help it, cause I'm in love with you.

20110620

Sedih.Depress.Sedih.Stress.Sedih.Stress.Depress.Sakit hati.Sedih.Sedih.Sedih.Tak ada mood.Sedih.Depress.Sedih.Stress.Stress.Stress.Tension.Depress.Tension.Depress.Tak ada mood.Tak ada mood.Tak ada mood.Tak ada mood.Tak ada mood.Tension.Tension.Sakit hati.Benci.Benci.Benci.Sedih.Benci.Benci.Benci.Benci.Benci.Benci.Benci.Benci.Benci.Benci.
What do you do when you're stuck,
Because the one that you love,
Has pushed you away,
And you can't deal with the pain,
And now you're trying to fix me,
Mend what he did,
I'll find the piece that i'm missing,
But I still miss him,
I miss him, i'm missing him,
Oh I miss him, I miss him i'm missng him

And you're sitting in the front row,
Wana be first in line,
Sitting by my window,
Giving me all your time,
You could be my hero,
If only I could let go,
But his love has still hit me,
Like a broken arrow.
Like a broken arrow.

He's the thorn in my flesh
That I can't take out
He's stealing my breath
When you're around,
And now you're trying to convince me,
He wasn't worth it,
But you can't complete me,
It's the thought that he's missing,

I miss him, I'm missing him,
Oh I miss him I miss him, i'm missing him,

And you're standing in the front row,
Wana be first in line,
Sitting by my window,
Giving me all your time,
You could be my hero,
If only I could let go,
But his love has still hit me,
Live a broken arrow,
Like a broken arrow.

What do you do
When your hearts in two places?
You feel great but you're torn inside.
You feel love but you just can't embrace it,
When you found the right one at the wrong time.

20110617

A pencil and a dream can take you anywhere.

My formula for living is quite simple. I get up in the morning and I go to bed at night. In between, I occupy myself as best I can.

Cary Grant
Menghadapi hari hari yang mendatang seorang diri mungkin bukan idea yang begitu teruk. Mungkin aku akan lebih bersikap terbuka? Jiwa aku akan lebih terbuka untuk melihat skop skop dunia yang belum aku teroka. Bila seorang diri, baru aku lebih menghargai diri aku dan aku telah discount masalah masalah aku yang sedia ada bila aku berseorangan. Akhirnya ;) terima kasih kepada seorang kawan aku sebab telah membuka mata aku bahawa tidak ada salahnya jika aku memberi masa kepada diri aku untuk have fun. Laugh as much as you breathe and love as long as you live.

Reboot.

Sometimes you have to stand alone to prove that you can still stand.



-Anonymous

20110615

I hate everything that you are capable doing now. It is killing me somehow though we are nothing now. I hate all your stuff, my stuff. How I wish I could have the courage to burn all these memories.

I always thought I was stronger

But the truth is I don't. Or trying to be one but I don't have the power.

Listen.

WHATS THE POINT OF KEEPING ALL YOUR MESSAGES? WHY? WHY CANT MY FINGERS JUST LISTEN TO MY BRAIN SAYS. IGNORE WHAT MY HEART SAYS. THEY DON'T MATTERS ANYMORE. LISTEN TO ME DIYANA, YOU HAVE TO LET GO, LEAVE YOUR OLD SHOES

Hari ke berapa, aku malas nak kira.

You don't deserved my tears but why you always be the reason I cry? Anything that you were hiding from me all this while, are revealing,one by one. It is still amazing how I can still miss you after everything happen. I admit I am wrong for putting all my faith on you, all my trust. You throw away all the memories to me, alone, and now you can freely move on and continue your new life. It's okay for me, if you are happy then Im willing to be hurt like this :/

20110606

Perempuan ni rapuh.

20110605

X-Men First Class

the movie was great,bla..bla..bla.. aku panas panas bila tengok movie tu :))
Aku tak sedar aku ada protector selama ni. Yang dah banyak berkorban dan dah buat macam macam aku. Itu lah manusia, selalu terlepas pandang :)
Kegembiraan aku lagi sejuk dari genting highland ^_^

Aku menyesal

dengan apa yang dah aku lalui. Aku menyesal. Kalau diberikan peluang, aku tak mahu lalui fasa itu. Aku tak mahu berjumpa dengan dia, aku tak mahu. Barang barang dia aku dah seal kemas, satu kenangan pun aku tak mahu. Bukan sebab aku tak sayang, tapi kekesalan itu lebih dari kasih sayang. Aku pun tidak pasti selama ini yang dia semaikan dekat aku tu kasih sayang atau tidak.

20110531

I survived

Final examination is over. Mmm, I don't think I did my best this time. It's okay. So going home soon! Aku pun tak pasti aku boleh menghadapi kuala lumpur atau tidak. Sebab Kuala Lumpur penuh dengan memori aku bersama dia. Yang hanya akan menghidupkan kembali parut. Mungkin aku akan habiskan masa dekat Kuala Lumpur for a while, untuk jumpa kawan kawan yang dah lama, setahun lebih aku tak jumpa, dan balik kampung, tempat untuk tenang dan jauhkan diri dari siapa siapa :)

Hari 4

May, may be missing but won't telling. I think you survived it, because you don't text me yesterday. Which is a good thing to both of us. I can't help myself thinking of you when I meet oceans and sea, I remembered our promises and dreams.. but now it is only a dust, but leave a scar that I believe will be faded.

20110530

Moooovies marathon

This few days, aku penuhkan masa lapang aku dengan tengok wayang. Pirates, Karak, Kungfu Panda 2 dan kejab lagi aku nak pergi tengok Voices from the grave. Lepak dengan kawan kawan, makan sama, semua buat aku one step closer in forgetting somebody. Telefon aku dah tak selalu berbunyi seperti dulu. Ye, I miss the routine but aku lebih dambakan hidup macam ni. Tak ada kerisauan, tak ada kesedihan. Aku berhak pilih jalan hidup aku and live it how I wanted. Aku nak lepak dengan kawan kawan aku dan tengok movie.

Hari 3

Mama call semalam, dan selalu call. Dia risaukan aku tak boleh get over this dan jejaskan final exam aku. Siap offer nak datang kuantan lawat aku. Mama, I am stronger than this. My hatred is more than love, I am offended, so much, too much. Dia masih lagi text aku, tapi aku dah tak percaya. Im sorry, injap jantung dah tutup untuk terima any foreign emotion lagi.

20110527

Ku katakan dengan indah.

Hari 1

Aku akan anggap hari ini hari pertama. Hari pertama aku cuba memaksa diri aku untuk move on. sebab dah tak ada sebab untuk aku terus tinggal dan singgah di hati dia lagi, dan aku tak tahu untuk berapa lama hati aku akan sekeras batu, dan untuk menerima sebuah hati lagi, mungkin tak akan terjadi. Biar masa menjadi juri, sampai masanya nanti, aku akan hidup kembali, hidup dan sengih macam Ronald McDonald. Biar susah macam mana sekalipun.

Bad news

scopperloit mind dah tak ada. otak dia dah tak jahat. dah tak ada bad and naughty words yang berjalan jalan dalam otak dia. Dia dah coma, dan hidup dia cuma tinggal 30%. Doktor kata dah tak ada cara untuk selamatkan dia. tapi, mana tahu kalau ada keajaiban berlaku, mungkin, mungkin scopperloit mind boleh hidup semula. tapi tipis. Kawan kawan yang selalu menjenguk scopperloit mind (kalau ada), kalau nak datang melawat jangan lupa bawa buah buahan. Dia suka sangat makan buah buahan. Lagi lagi kalau dah dikupas. Hehe.

Cerita lewat malam

Oh.sekarang pukul 3 pagi, aku sepatutnya pergi kutip baju baju dekat mesin basuh 2 jam lepas dan aku terlupa. Nak pergi ambil baju tu bukan masalahnya, yang masalahnya aku. Aku ni penakut tahu tak. Semua orang dah hanyut dalam syurga mereka sendiri, dan aku masih berjaga, mata ni melarang aku ke syurga aku sendiri, kerana dia tahu malam ni syurga aku tidak akan begitu indah. Sebulan mungkin, atau hampir sebulan, aku tidak ada mimpi yang aku ingat realistically atau entah entah aku tak bermimpi langsung. Hmmm pulanglah mimpi, aku rindu nak bercerita tentang kau dekat kawan kawan aku. haha.

Minta maaf bantal dan selimut,

aku terpaksa basahkan korang dengan airmata aku malam ini. sekali lagi. Aku dah tak nak tahu apa apa lagi tentang kebenaran, biar aku hidup dalam kepalsuan ni, sebab aku lebih rela begini, sekurang kurang nya aku boleh tersenyum dalam kepalsuan. Hmm, the false doesn't seem that bad. Aku boleh hidup dengan itu.

Pertama.

Aku dah simpan memori tu, aku selit kemas dalam hati aku. Aku nak mula dari kosong semula, from nothing to something, banyak lagi yang aku ada dalam kepala otak yang perlu direalisasikan dan biarlah yang lain datang sendiri. Lepas ni, aku kena belajar naik tren semula :)