20110709

Waliq dan pari pari cinta V1.0

Waliq terjumpa pari pari cinta dalam perjalanan dia ke sekolah semalam. Bila ditanya nama, pari pari itu hanya menjawab Kitkat. Jadi Waliq memanggilnya Kitkat. Sayap Kitkat patah dibaham serigala jadian dan sejak itu Kitkat tidak boleh lagi terbang. Waliq lah yang menjaga Kitkat sehingga Kitkat merasa sangat selesa dan tak mahu pulang ke tempat asalnya, heaven.


Pada suatu hari semasa Waliq sedang menyiapkan soalan matematik yang ke 32, Kitkat bertanya pada Waliq, kau tidak mahu seorang teman wanita, Waliq hanya menggeleng, katanya teman wanita ni leceh, tetapi hakikatnya Kitkat tahu yang Waliq mahu kan seorang teman wanita.



Kitkat berazam ingin mendapatkan seorang teman wanita untuk Waliq.